Tuesday, June 1, 2010

1808 saksi segalanya..

1808 saksi segalanya
ia menjadi saksi cinta kita
ia merubah sangsi dan benci
ia mengikat padu dan janji

1808 saksi segalanya
pandanganku dan pandanganmu adalah jelas
perlakuanmu dan perlakuanku adalah ikhlas
ketulusanmu dan kesanggupanku adalah tulus
semua yang berlaku adalah mulus...

1808 saksi segalanya
kau nyatakan kesilapanmu sangsi padaku
kesilapanmu terjalinnya hubungan itu
kau nyatakan hubungan terjalin kerana ikhsan
kau nyatakan hubungan terjadi kerana kesian
kau nyatakan ianya terjadi kerana dendam

1808 saksi segalanya
ku tahu kau kini serba salah
mungkin itu adalah hukuman bagimu
kerana cemburu dan sangsi pada diriku
namun aku tetap di sini
teguh dan setia pada janji
ku berikan kau masa dan waktu
untuk memilih yang mana satu

1808 saksi segalanya
bahagia dan derita yang terpalit di dalamnya
yang mampu ku lakukan hanyalah berdoa
agar kau diberikan Hidayahnya
agar kau sentiasa dalam Lindungannya
agar kau tidak lagi bergelumang dengan Dosa
















No comments:

Post a Comment