Sunday, June 6, 2010

Tiba Masa Semuanya Terbukti........

Kini aku boleh bertepuk tangan
kerana Kau bukan lagi jadi bebanan
tak perlu lagi aku yang memikirkan
menjadikan dirimu seorang insan
kebanggaan keluarga serta menjadi contoh tauladan

Ku perhatikan dirimu dari jauh
menunggu saat pasanganmu mengeluh
merasa bersalah dan menyesali diri
kerana penjelasanku tidak diperduli
sebuah kebenaran yang tidak diketahui
 sebagai balasan cemuhan diberi

hanya masa dan waktunya sebagai bukti
sejauhmana kebatilan ini di litupi
akhirnya nanti dirinya mengakui
dirinya diriku serta keluargamu sendiri
gagal membawamu menyedari dan mengenali meningkatkan kemajuan dan sahsiah diri

   ku hanya mampu hulurkan doa
agar pasanganmu cepat sedar dari alpa
sedar dari fantasi terima hakikat dan realiti
tak leka dibuai perasaan dan juga mimpi
dibukakan matahati dan mindanya sendiri
agar tidak menyesal dikemudian hari


Saturday, June 5, 2010

CintaKu Kini Beralih Arah.....

Cintaku sudah beralih arah
Cintaku kini berpaling tadah
Sayangku telah berpindah
Kasihku kian bercambah

Ku lontarkan dirimu jauh
Ku tanamkan jasadmu bagai musuh
Ku kikiskan namamu yang terpahat
Ku hakiskan wajahmu yang melekat

Ku tanamkan azam dan tekad
yang kau hancurkan punah dan ranap
Ku bina kembali intergriti dan maruah diri
Yang kau regut tanpa belas dalam diri
Ku harumkan namaku kembali mewangi
Yang kau busukkan dan kau campak ke bawah sekali

Cintaku kini pada Kerjayaku
Kasihku kuat bertaut padanya
Setia pada Kerjayaku sendiri
 agar tiada goyah seperti sebelumnya

Cintaku kini lebih bermakna
kejayaan dan kemenangan bagaikan piala
menjadikan aku kental dan tabah dalam jiwa
menjadi rebutan disetiap persinggahan yang tiba











Tuesday, June 1, 2010

1808 saksi segalanya..

1808 saksi segalanya
ia menjadi saksi cinta kita
ia merubah sangsi dan benci
ia mengikat padu dan janji

1808 saksi segalanya
pandanganku dan pandanganmu adalah jelas
perlakuanmu dan perlakuanku adalah ikhlas
ketulusanmu dan kesanggupanku adalah tulus
semua yang berlaku adalah mulus...

1808 saksi segalanya
kau nyatakan kesilapanmu sangsi padaku
kesilapanmu terjalinnya hubungan itu
kau nyatakan hubungan terjalin kerana ikhsan
kau nyatakan hubungan terjadi kerana kesian
kau nyatakan ianya terjadi kerana dendam

1808 saksi segalanya
ku tahu kau kini serba salah
mungkin itu adalah hukuman bagimu
kerana cemburu dan sangsi pada diriku
namun aku tetap di sini
teguh dan setia pada janji
ku berikan kau masa dan waktu
untuk memilih yang mana satu

1808 saksi segalanya
bahagia dan derita yang terpalit di dalamnya
yang mampu ku lakukan hanyalah berdoa
agar kau diberikan Hidayahnya
agar kau sentiasa dalam Lindungannya
agar kau tidak lagi bergelumang dengan Dosa
















Thursday, May 27, 2010

MhR... Lagu ini ku hadiahkan agar Kau Mengerti..

Diamku Penuh Bermakna...........

Diamku bukan bermakna kalah
Diamku bukan kerana menyerah
Diamku bukan kerana pasrah
Diamku bukan diam berdarah

Diamku diam berisi
Diamku diam berani
Diamku penuh bererti
Diamku nilainya tinggi

Diamku penuh bermakna
Diamku penuh berharga
Diamku diam bahagia
Diamku buat orang merana..

Diamku penuh harapan
Diamku penuh sinaran
Diamku anugerah Tuhan
Diamku membawamu kembali kepangkuan..


Wednesday, May 26, 2010

Agungnya Namamu Mama...

Mama hanya kau yang mengerti
Mama hanya kau yang mengetahui
aku bangga mempunyai mu Mama
aku megah berada di sisimu
walaupun kau bukan Mama kandungku
kau pengganti ibuku yang telah tiada
Keserasian di antara kita ujud
ianya lahir ikhlas tidak jumud

Mama kau tempat ku mengadu selain Mu
kuceritakan segalanya tanpa segan tanpa silu
ku luahkan semuanya agar tiada yang terbuku
kau tahu segala apa yang berlaku
kau tahu susur galur percintaanku

Mama kau menasihatkan ku tanpa jemu
kau memberikan semangatmu padaku
sungguh tinggi pengharapanmu
agar aku terus membimbing anakmu
kau masih mengharap agar tiada benci di hati
terus bersabar dengan karenah yang menyakitkan hati
agar diteruskan hubungan dan perkenalan ini
dengan anakmu tanpa dendam dan hasad dengki

Mama..
mana bisa mungkin aku membencinya
mana bisa mungkin aku lupakannya
mana bisa mungkin ku padamkan semua
mana bisa mungkin ku tinggalkan dia

Mama
tinggi nilainya harga kasih sayang kita
cinta kita adalah sama
kekal abadi hingga kita menutup mata..

Monday, May 24, 2010

SeAgung Cinta MAMA.....

Ku mahu cintaku seagung cinta Mama
cinta Mama pada seorang lelaki
selamanya bertahta dalam di lubuk hati
terpahat kukuh indah terpatri

Cinta Mama idola bagiku
keteguhan cinta Mama sekeras tembok batu
keutuhan cinta Mama keras dan kental dalam jiwa
biar sejuta badai melanda
cinta Mama tenang di lautan bergelora

Cintaku seiras cinta Mama
cinta Mama pada suaminya
cintaku pula pada anaknya
yang sama sifat, corak dan perangai
hanya Tuhan dan yang tertentu sahaja memahaminya

Cinta kami punya persamaan
cinta kami tak pernah padam
cinta kami pada seorang insan
takkan lapuk ditelan zaman.....

Aku Tetap Teguh.. Aku Tetap Utuh...

Pegangan ku tetap teguh
pendirianku tetap utuh
walau sejuta provokasi berlaku
sedikitpun padaku tidak menjadi kudis
kerana aku berfikiran positif
tertawaku sejenak tersenyum sinis

Ku tahu niatnya hanyalah satu
menunggu agar aku membalas menyatakan sesuatu
aku berpegang pada janji dan sumpahku
yang telah ku lafazkan padamu duhai sayangku
aku tidak sebodoh itu
untuk terus bertindak secara melulu

Tuhan kuserahkan padamu
agar Kau teguhkan kesabaran dan keimananku
Kau kukuhkanlah ketenangan dan kedewasaanku
menjadi insan yang tinggi pendirian
tidak dangkal membuat keputusan
tidak dungu dalam pemikiran

Tuhan ku pohon jua padaMu
Kau tunjukkanlah kebesaran dan kebenaranMu
agar terbuka pintu hatinya yang buntu
agar mengetahui apa sebenarnya niatku

Sunday, May 23, 2010

Aku aman di sini..

Ini ruanganku dan ini tamanku
halaman tempat ku luahkan 
segalanya apa yang terpendam
Ini istana dan juga kamarku
ku catitkan segalanya di sini
ku luahkan kegembiraan
saat kita memadu asmara
saat kita meneguk secangkir cinta
yang berbunga kasih kita di dalamnya
ku gambarkan indahnya kerinduan
yang masih terpahat di lipatan hati paling dalam

Di sini jua gelanggangku
tempat kuluahkan kekecewaan
tempat ku nyatakan kesengsaraan
tempatku lemparkan kesedihan
hanya aku yang faham
hanya aku yang mengerti
tapi kenapa niat suciku disalah erti

Benarlah kata pujangga
setinggi mana ilmu pengajian
setinggi mana darjah kebesaran
secerdik mana seorang insan
kedangkalan tetap ada dalam pertimbangan
cetek dalam membuat perhitungan
lemah dalam membuat penilaian
namun
insan yang dalam serba kedaifan
tinggi budi membuat tafsiran
berdasarkan kekuatan dan pengalaman 
perhitungan dalam mengorak langkah
hidup aman dalam tenteram
jujur dalam semua tindakan
menjadi insan kesayangan Tuhan

Saturday, May 22, 2010

Selagi MANUSIA bernama MANUSIA....

Sifat manusia sukar digambarkan dengan kata kata
sikap mereka tak terpampang ruang muka
terkadang manis rupa tapi buruk perangainya
jelek di mata tetapi tinggi budi pekerti serta tutur bicara
apa yang di cari apa yang yang berharga pada mereka
mahukan kepalsuan menidakkan kebenaran
mahukan keindahan menutup keburukan 
 mahukan kebahagian tanpa kesusahan
mahukan kesenangan tanpa berkongsi kepayahan..

Aku tak mahu menjadi seperti itu
menjadi manusia yang tak tahu menilai dan mengerti
yang mana satu permata asli
yang mana satu keabadian yang jati

Biar sejuta halangan dan kekangan
yang terbentang di sepanjang laluan
perjalanan ku mencari sebuah kedamaian
ku kaitkan menjadi permata keazaman
ku kalungkan pada ikatan perhubungan
agar kembali menjadi satu jiwa satu rasa
namun
selagi manusia bernama manusia
segalanya akan berubah tanpa kita duga
apakah kita akan benar benar bersedia
kerana kita adalah 
"manusia"....



Harga Sebuah Kematangan.......... Nilai Sebuah Kejujuran.............

Sesungguhnya kematangan perlu dalam hubungan
matang dalam mengorak langkah
matang dalam membuat perhitungan
bukan nak menunding jari pada sesiapa
menyalahkan jauh sekali...
persengketaan antara kita bukan kerana orang ketiga
persengketaan berpunca salah faham semata mata..

aku tak pasti apa yang disampaikan kepadamu
 bagaimana pengucapan disampaikan tak perlu ku tahu
apakah ianya berbunga bidaah
agar kebencian terhadapku kembali bercambah

salahkah aku menyuarakan apa yang terbuku 
salahkah aku menyatakan siapa dirimu dan siapa diriku
salahkan aku meminta diri memahami sesuatu..

bukan niatku untuk mengganggu dirinya
suci niatku hanya untuk mengenali
hanya memohon agar dia mengerti
memohon agar menjaga dirimu sepenuh hati
menerima kelebihan dan kekurangan diri
jika seandainya dia lebih menyayangi..
jika sememangnya kau tak perlukan aku lagi
atau sememangnya kasihsayang dan cintamu padaku tak berbelah bagi..

Ku akur permintaanmu
agar aku tak mengganggunya lagi
agar aku terus menjauhi.. tidak menghubungi
berbicara mahupun mengenal hati budi
menjadikannya sahabat jauh sekali

Ku lakukan bukan kerana dia
ku lakukan hanya kerana dirimu yang pinta
ku lakukan kerana hanya kau yang bertakhta
dirimu yang satu, tiada dua, tiada tiga..
Kau minta aku berhenti menulis
meluahkan segala apa yang terguris
sesungguhnya ini tak dapat ku tunaikan
kerana di sinilah saja tempatnya
tempat ku luahkan segalanya
untuk aku luahkan segala apa yang terpendam
sebuah perasaan yang tak tergambarkan
menyuarakan kebenaran
menidakkan kebatilan..




Friday, May 21, 2010

KEBENARAN SESUNGGUHNYA PAHIT...

Berkata benar  sesungguhnya amatlah pahit
itulah ungkapan
itulah bidalan
yang penuh makna yang tersurat
punya makna yang tersirat

Salahkah aku berkata yang benar
salahkah aku nyatakan luahan
salahkah aku terus menyimpan perasaan

Perasaan sayang, perasaan kasih
yang masih utuh
yang masih teguh untukmu
duhai insan kesayanganku

Aku tak boleh menipu diriku
aku tak boleh menghindari mu
aku tak boleh membencimu
aku tak boleh melupakanmu

Walaupun dulu kau mengasingkan diri
walaupun kau cuba mencari pengganti
kau dan aku sesungguhnya tak boleh menipu diri
bahawa kita masih saling mengasihi
masih saling menyayangi
masih saling menyintai
masih punya ikatan janji
yang tetap teguh terpatri dalam lipatan hati

Kebenaran itu pahit untuk ditelan
namun akan berubah menjadi permata kebahagian
mutiara kesempurnaan
akan membara sebuah kerinduan
tanpa ada sekelumit kepalsuan
secubit kepuraan
dalam sebuah kehidupan

Thursday, May 20, 2010

Salah kah aku kali ini...

Tuhan..
apakah benar langkah yang ku ambil ini
apakah benar tindakan ku
meluahkan apa yang terbuku
menyatakan apa yang bersarang
dalam benak fikiran
dalam kotak ingatan

salah kah aku Tuhan
jika tindakan ku kali ini melukakan aku lagi
jika tindakan ku ini membuatkan dirinya
menjauhiku lagi dan terus membenci aku
maka Tuhan aku pasrah
pasrah kerana apa yang ku lakukan
apa yang aku luahkan
adalah semata mata kerana
sebuah kasih sayang
kerana sebuah percintaan...