Thursday, May 27, 2010

Diamku Penuh Bermakna...........

Diamku bukan bermakna kalah
Diamku bukan kerana menyerah
Diamku bukan kerana pasrah
Diamku bukan diam berdarah

Diamku diam berisi
Diamku diam berani
Diamku penuh bererti
Diamku nilainya tinggi

Diamku penuh bermakna
Diamku penuh berharga
Diamku diam bahagia
Diamku buat orang merana..

Diamku penuh harapan
Diamku penuh sinaran
Diamku anugerah Tuhan
Diamku membawamu kembali kepangkuan..


No comments:

Post a Comment