Berkata benar sesungguhnya amatlah pahit
itulah ungkapan
itulah bidalan
yang penuh makna yang tersurat
punya makna yang tersirat
Salahkah aku berkata yang benar
salahkah aku nyatakan luahan
salahkah aku terus menyimpan perasaan
Perasaan sayang, perasaan kasih
yang masih utuh
yang masih teguh untukmu
duhai insan kesayanganku
Aku tak boleh menipu diriku
aku tak boleh menghindari mu
aku tak boleh membencimu
aku tak boleh melupakanmu
Walaupun dulu kau mengasingkan diri
walaupun kau cuba mencari pengganti
kau dan aku sesungguhnya tak boleh menipu diri
bahawa kita masih saling mengasihi
masih saling menyayangi
masih saling menyintai
masih punya ikatan janji
yang tetap teguh terpatri dalam lipatan hati
Kebenaran itu pahit untuk ditelan
namun akan berubah menjadi permata kebahagian
mutiara kesempurnaan
akan membara sebuah kerinduan
tanpa ada sekelumit kepalsuan
secubit kepuraan
dalam sebuah kehidupan
No comments:
Post a Comment