Tuesday, May 18, 2010

MhR.. Nor Farahkah pengganti ku?????

Ku tatap hiba potretmu
Ku tatap penuh kelukaan
Senyuman mu disamping dia
bak torehan tajam penuh berbisa
setajam kata kata dan tuduhanmu
yang pernah kau lemparkan kepadaku dulu
Jika dia penggantiku
Jika dia kebahagiaanmu
Jika dia yang kau impikan
Jika dia yang bertakhta dihati
Jika dia dapat memenuhi kehendakmu
Jika dia memenuhi segalanya
Jika ini semua hanya sebuah perasaan
dendam kesumat yang masih lagi terpahat
Kau berjaya melakukannya terhadapku

Ku akur semua kajadian ini ada hikmahnya
hanya kerana dulu aku terpaksa 
demi melaksanakan sebuah tanggungjawab
lalu kau tuduh aku yang merupakan penyebab
 di atas semua tindakan dan akibat

Sesungguhnya hanya keranamu
ku tinggalkan kerjaya yang ku minat
ku ingkari permintaan orang atasan
ku langgari etika perkhidmatan
hanya kerana memenuhi hasrat
tanpa memikirkan natijah dan akibat
hanya kerana mahu menunjukkan bukti
bahawa aku tidak sehina itu
bahawa aku tidak seperti yang kau sangkakan
namun akhirnya
aku tetap kau tinggalkan..

Namun aku tetap bersyukur
setelah sekianlama aku bersabar
sambil menadah dan memanjatkan doa 
kepada Yang Maha Esa
Kebenaran akhirnya terbukti jua..
bahawa kepulanganmu kembali disisi
hanyalah kerana terlalu simpati
atau mungkin untuk melukai
agar aku pula yang merasai
bila diri dipermainkan 
sedangkan aku tak pernah curang
sedangkan aku tak pernah berdendam
kasih sayangku tak pernah kurang
cinta dan pengharapan terhadapmu
tak pernah goyah
tak pernah hilang...




No comments:

Post a Comment