Saturday, May 8, 2010

AKHIRNYA DIPERTEMUKAN JUA........

7hb Mei 2010 jam 12.30pg...
akhirnya tuhan mempertemukan kita jua
betapa gembiranya aku..betapa resahnya aku
betapa gundahnya aku..
Jauh di benak fikiran
tertanya aku bagaimana reaksimu..
bagaimana penerimaanmu..
apakah aku akan disambut mesra
atau hanya sapaan biasa..

Namun syukur ku panjatkan padaMu tuhan
doaku selama ini telah Kau sempurnakan
hanya Kau yang tahu segala isi hatiku
betapa kegersangan sebuah kerinduan
basah dalam sekelip pandangan...
Ku cuba untuk berlagak pintar
menipu diri untuk menghindar
mengingati kembali peristiwa hambar

Ternyata..bersamamu aku ceria
bersamamu aku bermakna
pertanyaan di mindaku bertimpa timpa
kenapa kau berubah sebegini rupa
perubahan yang drastik membuat hati terus terdetik
Seolah olah bagimu tiada apa yang berlaku
bagimu semuanya tak pernah di situ
ku turuti tiap jejak langkahmu
cuba menari rentak tarimu
namun ternyata aku takbisa menipu..

Bukan kerana kecewa pernah dipinggirkan
cuma kecewa tiada kejujuran
Bukan ku menangis kerana kau sakiti
aku menangis kerana diriku kau khianati
aku merintih kerana kau mungkiri janji
untuk tidak menyentuh AIR itu lagi..
 


No comments:

Post a Comment