Saturday, May 22, 2010

Harga Sebuah Kematangan.......... Nilai Sebuah Kejujuran.............

Sesungguhnya kematangan perlu dalam hubungan
matang dalam mengorak langkah
matang dalam membuat perhitungan
bukan nak menunding jari pada sesiapa
menyalahkan jauh sekali...
persengketaan antara kita bukan kerana orang ketiga
persengketaan berpunca salah faham semata mata..

aku tak pasti apa yang disampaikan kepadamu
 bagaimana pengucapan disampaikan tak perlu ku tahu
apakah ianya berbunga bidaah
agar kebencian terhadapku kembali bercambah

salahkah aku menyuarakan apa yang terbuku 
salahkah aku menyatakan siapa dirimu dan siapa diriku
salahkan aku meminta diri memahami sesuatu..

bukan niatku untuk mengganggu dirinya
suci niatku hanya untuk mengenali
hanya memohon agar dia mengerti
memohon agar menjaga dirimu sepenuh hati
menerima kelebihan dan kekurangan diri
jika seandainya dia lebih menyayangi..
jika sememangnya kau tak perlukan aku lagi
atau sememangnya kasihsayang dan cintamu padaku tak berbelah bagi..

Ku akur permintaanmu
agar aku tak mengganggunya lagi
agar aku terus menjauhi.. tidak menghubungi
berbicara mahupun mengenal hati budi
menjadikannya sahabat jauh sekali

Ku lakukan bukan kerana dia
ku lakukan hanya kerana dirimu yang pinta
ku lakukan kerana hanya kau yang bertakhta
dirimu yang satu, tiada dua, tiada tiga..
Kau minta aku berhenti menulis
meluahkan segala apa yang terguris
sesungguhnya ini tak dapat ku tunaikan
kerana di sinilah saja tempatnya
tempat ku luahkan segalanya
untuk aku luahkan segala apa yang terpendam
sebuah perasaan yang tak tergambarkan
menyuarakan kebenaran
menidakkan kebatilan..




No comments:

Post a Comment