Thursday, December 31, 2009

WANG MENGUBAH KAU MENJADI SEBALIKNYA....

Ketika kau ku kenali..
kau hanya insan biasa
ketika kau ku dekati..
kau hanyalah insan sederhana...
punya ketulusan hati
punya keperibadian yang tinggi..

tapi kini....
kau telah berubah...
berubah sepenuhnya
menjadi insan lain
seolah olah kau tak pernah aku kenali

kau berbeza budi pekerti
kau berbeza tutur bicara
kau berbeza lirikan mata
kau berbeza nada suara...

dulu suaramu lembut
mendamaikan kalbu
dulu bicaramu berhemah
berbudi bahasa..

Sesungguhnya hanya kerana  
wang tak sampai sejuta
wang tak sebegitu seberapa
kau terus berubah
seolah olah dunia ini
milikmu semata mata

orang sekelilingmu kau pandang hina
kawan, handai dan juga taulan
kau cerca dan kau nista..

kau semakin lupa
siapa aku, siapa mereka
yang dahulunya sentiasa
bersama mu
sentiasa disisimu
tanpa membezakan darjat
tanpa membezakan pangkat...










Wednesday, December 30, 2009

APAKAH DIRIMU KEKASIH PENUH KEPALSUAN...

Sehingga kini..
sehingga ke saat ini..
aku semakin buntu..
mencari jawapan di atas sikap mu
di atas segala perlakuanmu..

Semakin aku cuba mencarinya
semakin aku cuba mentafsirkannya
semakin itulah semuanya terserlah..


apakah pujuk rayumu penuh penipuan
apakah janji manismu hanya kepalsuan
apakah senyum dibibirmu hanyalah lakonan
apakah hubungan ini hanyalah sebuah kesempatan
untuk kau laksanakan impian
untuk sebuah kepentingan


jika benar semua ini
jika semuanya adalah kenyataan
ternyata akulah yang hina
akulah yang terleka
kerana mudah percaya
kerana mudah mengeluarkan kata kata
sebuah ungkapan yang amat berharga
yang tak ternilai harganya...


jika semua sanjunganku terhadapmu
meleset semuanya..
jika anggapanku padamu tidak sepertinya
maka ternyata
akulah mangsa sebuah percintaan
akulah mangsa sebuah hubungan
yang terjalin di atas sebuah kepalsuan
yang terbina di batas penipuan
yang berbenihkan sebuah penghinaan..

tergamak kau kekasih
kau hadiahkan
kau mahkotakan
kau anugerahkan kepadaku
insan kerdil ciptaan tuhan
yang bernama perempuan...





SEPI SEORANG PERINDU...

Memang benar...
begitu sepi hidup seorang perindu...
Ternyata aku bak bait bait lirik
lagu penyanyi kesayanganku
penyanyi yang sama diminati
oleh kami berdua...

dan setiap kali lagu ini berkemundang
setiap kali cd penyanyi ini
ku pasang tanpa henti
ku ulang tanpa jemu
hanya kerana
aku terlalu merindui...

tatkala itulah kesayuan semakin menghantui
kesedihan semakin menusuk
kepedihan tak tergambarkan..


Tanpanya aku sepi
Tanpanya aku sunyi
Tanpanya aku sendiri lagi...




Tuesday, December 29, 2009

RINDU INI TERPAHAT DI HATI...

Sesungguhnya rindu ini kembali berlabuh..
sesungguhnya amat sukar ku hindari
setiap malam yang berlabuh..
di setiap bangun dan jaga ku...

Namaku...
wajahmu...
senyum dan tawamu...
menghantui benak fikiran..
menghantui hati dan perasaan...

Telah kucuba
untuk mencari sesuatu..
bagi membolehkan aku 
membencimu..
membolehkan aku
melupakanmu..
namun.. kau tetap hadir...

gambar2 dan msg2mu
menjadi penawar dan pengubat rinduku
menjadi aku kembali bersemangat

walaupun cuma hanya seketika..
walaupun aku tahu
semuanya itu hanyalah
sebuah kerinduan
yang tiada batas undangan...

Duhai kekasih
duhai sayang...
apakah kau juga merasakan ini
apakah kau turut sama dibelenggu
keresahan ini 
atau apakah dirimu

dibelenggu dendam kesumat
perasaan benci yang teramat
pada diri ini
yang dahulunya kau puja
yang dahulunya kau rayu
yang dahulunya merupakan cintamu
yang dahulunya
adalah sebahagian dari hidupmu...




Sunday, December 27, 2009

HINANYA AKU PADA MU...

Sesungguhnya aku tak dapat menghakiskan namamu dari lipatan hati...
menguburkan kenangan ku bersamamu
jauh dari fikiran ku...

Sesungguhnya semakin aku cuba dan berusaha..
semakin kuat rindu ini..
semakin tebal rasa sayang ini...
terhadapmu...

Biarpun begitu layananmu 
yang kau berikan kepadaku...
biarpun begitu
aku tak dapat melupakanmu...

aku semakin merindui mu
rindukan suaramu 
rindukan kemesraanmu..


aku tak tahu
kenapa aku dilayan begini..
hinakah aku???
jijik kah aku pada pandangan matamu???


Tuhan..
dimana kekuatanku dulu??

Tuhan..
dimana kekentalan hatiku dulu???

Tuhan.. 
aku buntu..

Tuhan...
Hanya Kau yang tahu...

Hanya Kau
tempatku mengadu...
disetiap doa kupanjatkan
agar Kau tunjukkanku sebuah kebenaran
erti sebuah hubungan
erti sebuah kasih sayang
erti sebuah percintaan...


Tuhan...
jika benar dia bukan milikku..
jika benar dia tidak mengasihiku
jika benar sayangnya penuh kepuraan
jika benar hubungan ini adalah penipuan
jika benar dia hanya mengambil kesempatan
atas pangkat dan kedudukan
jika benar semua janji, perasaannya padaku hanyalah mainan..
Kau pisahkanlah kami tuhan..
Kau jauhkanlah kami tuhan...


Tapi
jika semua itu disebaliknya
Tuhan...
Ku pinta padamu
Kembalikanlah semuanya
Pulihkanlah semuanya
seperti sediakala...






Saturday, December 26, 2009

KESEPIAN MILIKKU YANG ABADI..

Duhai sepi..
duhai sunyi..
kau tetap datang lagi tanpa ku undang..
kau tetap menemani hari hariku
walau aku ingin menjauhimu
walau aku ingin melupakanmu
kau tetap hadir
kau tetap bersemadi bersama dalam diriku..

Sunyi dan sepi temanku yang setia..
sunyi dan sepi pengganti dirimu kini
hari hariku tidak lagi indah seperti dulu
bagai kehilangan sesuatu
bagai kematian telah berlaku..


Alangkah indah hidupku
jika semua ini tidak berlaku
jika tuhan tidak menemukan aku denganmu
jika aku tidak berada disitu
jika aku bersikap sombong seperti selalu
jika aku tidak menghulurkan pertolongan padamu.....
jika semua itu tidak ku lakukan...
jika semua itu tidak ku tunaikan....
aku tidak akan menjadi seperti ini...
aku tidak akan gundah begini...
tidak akan berperasaan begini....

Tidak akan ada kesakitan
tidak akan ada kekecewaan
tidak akan ada perpisahan lagi
Semua itu tidak akan berlaku
tidak akan berulang buatku
untuk kedua kali...


cukuplah sekali aku kehilangan
cukuplah sekali terjadi perpisahan
perpisahan yang memeritkan
perpisahan yang meresahkan
Cukuplah sekali berlaku kematian
cukuplah sekali terjadinya penderitaan


duhai Sepi....
duhai Sunyi.....
kau adalah kekasihku kini
kekasih yang tidak sesekali berpisah 
denganku....


duhai Sunyi..
duhai Sepi..
kau bahagiakanlah aku
kau tenangkanlah diri dan jiwaku
kau kuatkanlah azam dan tekadku
untuk meneruskan kehidupan ini..
tanpa sekelumit rasa benci 
tanpa sekelumit rasa dendam..










DISINI TEMPATKU LUAHKAN SEGALANYA..............

Sesungguhnya.. di sinilah tempatku meluahkan segala apa yang terpendam...

Diari sepi tahunanku kini tidak lagi ku sentuh.. ku catit..
telah ku tinggalkan ia kini... semuanya setelah hati ini kau lukai..hati ini ku remukkan dengan sikap dan layanan dinginmu terhadapku..

Di sini aku puas..
disini aku bebas...
meluahkan apa yang terpendam..muga muga ada insan yang mahu menatapinya tanpa mengenali siapa aku... siapa diriku...
muga ada insan yang mengalami nasib dan cinta hampa yang sama denganku..


Bukan untuk aku bermegah..
Bukan....
Menagih simpati jauh sekali..
Cuma sekadar meluahkan isi hati
sekadar melepaskan dendam
melepaskan luahan..
Yang ingin membaca dan melewati
dipersilakan..
yang membenci pula
aku hanya akan biarkan...


Hanya kerana aku kini sepi kembali
sunyi lagi tanpa insan ciptaan tuhan..
yang bernama lelaki...
Sebagaimana Tagline aku
TAKKAN HILANG CINTA DI DUNIA...
begitulah aku...

Cinta dalam diriku tak akan hilang
cinta dalam hidupku tak akan lenyap
cinta ini tetap akan membara
selagi hayat ini masih lagi bernyawa...


Sesungguhnya aku sesekali tidak akan membencimu
sesungguhnya aku sesekali tidak akan menghakiskan namamu...
hanya aku akan terus cuba..
melupaimu..
walaupun semakin kerap raut wajahmu muncul disetiap pagiku...
walaupun semakin kuat perasaan ini terhadapmu..
walaupun semakin jauh aku terasa kau menjauhiku

Wednesday, December 23, 2009

SEGALANYA BERMULA DI SINI.............



7hb Ogos 2009 permulaaan dan pengakhiran segala galanya…
Konsert Seniman Sepanjang Zaman Jamal Abdillah adalah saksi kejadian atas segala apa yang aku alami..
Semuanya terserlah dimalam itu…
Kelembutanmu bertukar menjadi igauan ngeri buatku.. pujian dan bicara romantismu bertukar menjadi keji dan sumpah nista, maki hamun yang terlalu pedih, tajam menghiris kalbu dan sanubariku…
Terpaku aku tanpa sepatah kata balas…

Tepat jam 2.30pg, berat kaki ini melangkah keluar dari rumah tempat aku berteduh menumpang kasih seorang ibu..
Rumah yang paling tenang, paling bahagia buatku..ternyata hanya buat sementara…
Bukan niat untuk bersikap lupakan budi yang ditabur..
Bukan niat untuk menidakkan Sayang dan kasih seorang ibu yang tulus diberi..
Bersikap biadap dan tak hormat jauh sekali…
Namun…
Hati ini telah remuk dilukai dan dihancurkan…
Di pagi hening dan dalam kegelapan aku pergi membawa diri yang telah tersedar dari mimpi..
Tekad dihati untuk tidak kembali lagi… selamanya
Pedih tak terperi, airmata tak henti mengalir sepanjang perjalananku pulang kedestinasi ku…
Destinasi tempat aku mencari sesuap nasi…
Puas ku berfikir.. apakah salah dan silapku?
Salahkah ungkapan kata kataku??
Salahkah kata nasihatku padamu??
Supaya kau lebih menghormati, berhati hati dan kenang budi??
Budi orang yang telah diberikan..pertolongan yang telah dihulurkan padamu walaupun saling tidak mengenali???..

Sepanjang hari aku berkurung dikamar pejabatku, ku cuba lari dari mengingatimu, mengenangmu namun kata nista, kejian dan herdikan tetap segar dalam ingatan..

Tekad ku genggam erat… cacian dan kejianmu ku jadikan bara dan semangat buatku untuk melupakanmu terus dari hidupku…walaupun tersiksa dan melara jiwa ini menanggung pedih dan sedih…

Tak dapat ku kikiskan mu dari hidup ini…benarlah sebagaimana kata MEMERLUKAN SELURUH HIDUPMU UNTUK MELUPAI…

Tanggal 23hb Ogos setelah sekian lama aku mendiamkan diri, cuba menjauhi dari dirimu..kau datang lagi… meratapi segala kesilapan dan keterlanjuran kata…
Berjanji tidak akan mengulangi, berjanji dan terus berjanji..
Yang aku tak pasti apakah benar janji manis yang diberi kali ini..
Yang pasti…dirimu kini tidak lagi seperti insan yang aku kenali lagi..
Insan teristimewa yang telah Berjaya membuka dan mencairkan kentalan kebencianKU terhadap lelaki..
Kau berubah sekali lagi..
Sesungguhnya aku merindui lelaki itu..
Lelaki yang ku kenali pada tanggal 26hb Oktober 2007…


Tuesday, December 22, 2009

LAGUKU UNTUK MU...

seluruh hidup ini, perjalanan yang menguji..
kekuatan di hati...
harapan ku menjulang,
pada insan tersayang
tiba arus gelombang...tercabar kesetiaan....

          Yang bernama impian, tetap bernama impian
          indah hanya khayalan..
          cabaran dan ujian bila bersilih datang
          kau kegelabahan, tak tertangkis cubaan

kusangkakan insan tersayang
tegap berpendirian...
silapnya diriku..tak mengkaji dulu...
bagai dedaun lalang...biduk pun tak terancang
sedangkan aku tahu...haluanku...

        sekadar persinggahan sahaja..
        kita jumpa dan berpisah
        aku insafi
        akhirnya nanti
        kita pasti bersendiri...

song by SHIMA

INI LAH DIRIKU KINI




Hidupku kini hanya untuk mereka…
Kalau itu adalah ketentuan dariNya, aku Redha..

Mungkin kebahagiaan yang aku kecapi biarpun Cuma Sedetik bersamamu kekasihku tidak akan sentiasa menjadi milikku yang abadi….

Ku kira saatnya sudah tiba untuk aku pergi dari ruangan hidupmu buat selamanya..

Biarpun berat kaki ini, hati ini, perasaan ini melangkah jauh meninggalkanmu…

Aku sudah tidak berdaya menanggung beban kerinduan ini.. siksa jiwa ini  kerana mengheret diri dan kehidupanmu dalam dunia hidupku yang penuh tanda tanya….

Entah bila aku dapat lepas bebas dari belenggu ikatan kebencian ini yang tidak berpenghujung…

Aku sudah tidak berdaya lagi meneruskan kepuraan dan lakonan ini.


Tuhan..

Kau tahu apa yang bersarang dalam benak fikiranku..


Tuhan…

Kau tahu apa yang aku mahu dan inginkan..

Demi mereka…

Kebahagiaanku ..

Kesejahteraanku… aku gadaikan…aku korbankan..

Hanya untuk mereka…

Atas nama cinta… Atas nama kasih…

Atas nama sayang…


Demi mereka…

Aku korbankan segalanya..

Walaupun jauh disudut hati ini

Jauh di lipatan fikiran ku

Kau kasihku…kau sayangku…kau cinta buah hatiku…

Terlalu Amatku perlukan selagi hayatku dikandung badan..

Selagi denyutan nadiku berbunga cintamu

Selagi nafasku berhembuskan udara kasih dan sayangmu….


Jika hanya aku telah dan pernah mengecewakan hati orang lain semata mata kerana hati dan keinginanku untuk mencari kasih abadiku diakhir sisa sisa hidupku ini…;  

Dan jika ini hukuman dan balasanmu Tuhanku.. ku pohon dan ku piƱta secebis kecekalan untuk ku harungi dengan penuh ketenangan dan ketabahan yang abadi………..