Sunday, January 3, 2010

DIRIMU TETAP BERADA DI LIPATAN HATI...

Aku akui
betapa sukarnya untuk aku melupakanmu
walaupun telah kucuba
telah ku berusaha
sedaya upaya
namun aku tak berdaya...

Sesekali terngiang gelak tawamu
sesekali terbayang raut wajahmu
sesekali terasa sentuhan lembutmu
sesekali terasa kau membelai ku
sesekali terdengar suara manjamu
memanggil diriku

sesungguhnya aku merindui saat itu
saat manis ketika bersamamu
saat bahagia ketika di sisimu
berbicara tentang masa depan
berbicara tentang azam dan impian
berbincang tentang semua permasaalahan

semua itu tiada lagi
semua itu musnah kini
yang ada hanyalah aku
yang ada hanyalah kesedihanku
yang ada hanyalah kelukaanku

jika ini ketentuanku
jika ini karma hidupku
jika ini hukuman bagiku

aku rela menghadapinya
aku rela menerimanya
kerana aku sedar
diriku siapa
kerana aku sedar
di ruang mana aku berada...


No comments:

Post a Comment