Saturday, January 9, 2010

mHR...

5hb Januari 2010 jam 5.30ptg sehari selepas sambutan hari lahirku, 
aku bertemu, bersekemuka denganmu...
berbicara dan bertanyakan kenapa dan mengapa
apakah tiada lagi perasaan sayang terhadapku
apakah kesalahan dan kesilapan segala perlakuanku terhadapmu

apakah yang telah kulakukan
sehingga dirimu menjauhi ku
sehingga dirimu tidak lagi seperti dulu
sehingga dirimu enggan berbicara denganku
sehingga dirimu memalingkan mukamu 
sehingga dirimu enggan melihatku lagi...

MhR..

satu nama yang akan sentiasa bersemadi
satu nama yang akan terus terpatri
satu nama yang ada dalam lipatan hati
satu nama yang paling membawa erti.. 

MhR..

Kau nyatakan kau tak perlukan aku lagi
Kau jelaskan betapa tiada sayang lagi
Kau ucapkan juga tiada lagi cinta
Kau mahu aku lupakan segalanya...

MhR...

Mana bisa mungkin ku lakukan itu semua
mana bisa mungkin ku lupakan nya
mana bisa mungkin walau hatiku amat terluka..

MhR...

Kau satu dalam beribu
kau satu dan tetap satu dalam hidupku

MhR...
 3 tahun lamanya kita bersama
3 tahun lamanya kita baja bunga cinta
3 tahun lamanya kita jaga taman asmara
3 tahun lamanya kita semai debunga sayang

MhR..
semudah itu kau musnahkan semuanya
semudah itu kau racun ia

semudah itu kau lenyapkannya
semudah itu kau matikan ia..

MhR..
Bahgialah kau jika ini yang kau pinta 
Bahgialah kau jika ini yang kau damba
Bahgialah kau jika ia buatkan kau gembira

No comments:

Post a Comment