Sunday, February 7, 2010

HIKMAH DISEBALIK KEKECEWAAN INI

Kecewa ini dulunya gundah
kecewa ini kini indah...
Sepiku dulu amat sengsara
kini sepiku berbunga bahagia..
mungkin ini adalah noktah
mungkin ini adalah penyudah..

Atau mungkin Tuhan menyayangiku
mungkin Tuhan nak menyedarkan aku
mungkin jua menyelamatkanku
dari terus hanyut dibuai mimpi
dari hanyut di alam fantasi..

Syukur ku panjatkan kepadaNYA
kerana Dia menerangkan segalanya
kerana Dia mencelekkan mataku yang buta
buta dalam menilai dirimu siapa
buta untuk mengenali dirimu sebenarnya...

No comments:

Post a Comment