Tuesday, February 2, 2010

KU RINDU PADAMU.....


Ku rindu padamu
hanya itu yang aku tahu
hanya itu yang aku mampu
laungkan
luahkan
bahawa aku rindu padamu......

terkadang hati ini merintih
terkadang hati ini sedih
terkadang hati ini pedih..
tatkala rindu ini berlabuh
tatkala rindu ini menyuluh
hati ini kembali luluh..

kenapa rindu ini datang lagi
kenapa rindu ini bertahta kembali
kenapa rindu ini tidak mahu pergi

biarpun berkali aku ingin melupakanmu
biarpun aku cuba membencimu
namun aku akui
aku tetap rindu 
padamu....

No comments:

Post a Comment