Monday, February 22, 2010

KAU MUNCUL JUA AKHIRNYA....


Jam 6.31ptg, tanggal 21.2.2010
akhirnya kau menghubungiku
setelah sekian lama menghilang
setelah sekian lama menyepi
terkedu aku dalam lamunan
malah syukur ku panjatkan
kerana doaku dimakbulkan Nya..

tapi kenapa.......
aku tak lagi berperasaan seperti dulu
ternanti nanti setiap panggilanmu
tertunggu tunggu pesanan ringkasmu
perasaan ku kosong
perasaan ku tidak lagi ceria
hingga membuatkan aku tertanya tanya

apakah kerana
lantaran hatiku remuk kau lukakan
apakah kerana jiwa ku kau kecewakan
apakah mungkin kerana aku sudah 
tidak menyayangimu lagi
apakah kerana harapanku
terhadapmu telah pudar

atau apakah
Tuhan sememangnya memakbulkan doaku
agar aku sentiasa tenang
jiwa dan ragaku
jika benar
akulah insan paling bertuah




No comments:

Post a Comment