Wednesday, May 19, 2010

ANDAI KU TAHU.......

Andai ku tahu
sejak dulu dirimu tak bersedia
menerima rasa cinta
tak akan aku luahkan segalanya

Andai ku tahu
dirimu tak pernah bersedia
menjadi milikku tak beerti
namun aku dapat menahan hati
dari menagih kasih sayang dan cintamu

Andai ku tahu
tak akan aku merindui dan mengharapkan
agar sang purnama untuk jatuh kepangkuan riba 

Andai ku tahu
tak akan aku kecewa begini
mengenang semua bicara manismu yang tak pernah punya makna

Andai ku tahu
kau tak pernah mahu memahamiku
dan tak pernah mempercayaiku
malah tak pernah mahu tahu
betapa besar tanggungjawabku
betapa aku sentiasa meletakkanmu
terlebih dahulu dari diriku

Andai ku tahu sejak dulu
begitu hina diriku pada matamu
tiada maruahku dalam penilaianmu
ingin ku kembalikan saat itu
ingin ku kembali di tarikh itu
tarikh kita dipertemukan
tarikh aku menghulurkan bantuan
kepadamu yang dalam kesusahan
kepadamu yang dalam kepayahan
ingin ku kembalikan jika terdaya
agar aku tidak berada di sana

Semua ini tak mungkin 
dan tak akan pernah berlaku...
semuanya jika
seandainya aku tahu..


Tuesday, May 18, 2010

MhR.. Nor Farahkah pengganti ku?????

Ku tatap hiba potretmu
Ku tatap penuh kelukaan
Senyuman mu disamping dia
bak torehan tajam penuh berbisa
setajam kata kata dan tuduhanmu
yang pernah kau lemparkan kepadaku dulu
Jika dia penggantiku
Jika dia kebahagiaanmu
Jika dia yang kau impikan
Jika dia yang bertakhta dihati
Jika dia dapat memenuhi kehendakmu
Jika dia memenuhi segalanya
Jika ini semua hanya sebuah perasaan
dendam kesumat yang masih lagi terpahat
Kau berjaya melakukannya terhadapku

Ku akur semua kajadian ini ada hikmahnya
hanya kerana dulu aku terpaksa 
demi melaksanakan sebuah tanggungjawab
lalu kau tuduh aku yang merupakan penyebab
 di atas semua tindakan dan akibat

Sesungguhnya hanya keranamu
ku tinggalkan kerjaya yang ku minat
ku ingkari permintaan orang atasan
ku langgari etika perkhidmatan
hanya kerana memenuhi hasrat
tanpa memikirkan natijah dan akibat
hanya kerana mahu menunjukkan bukti
bahawa aku tidak sehina itu
bahawa aku tidak seperti yang kau sangkakan
namun akhirnya
aku tetap kau tinggalkan..

Namun aku tetap bersyukur
setelah sekianlama aku bersabar
sambil menadah dan memanjatkan doa 
kepada Yang Maha Esa
Kebenaran akhirnya terbukti jua..
bahawa kepulanganmu kembali disisi
hanyalah kerana terlalu simpati
atau mungkin untuk melukai
agar aku pula yang merasai
bila diri dipermainkan 
sedangkan aku tak pernah curang
sedangkan aku tak pernah berdendam
kasih sayangku tak pernah kurang
cinta dan pengharapan terhadapmu
tak pernah goyah
tak pernah hilang...




AKHIRNYA

Tanggal keramat 17.5.2010, 7.15ptg 
tarikh yang tak mungkin bisa aku lupakan...
tarikh penentu kebenaran sebuah kasih sayang

Ku atur kata bicara dengan rapi
Ku atur agar tiada mengguris hati
ku atur dan ku luahkannya
agar kau akan mengerti
apa pegangan
apa pengertian
apa keluhan
yang selama ini berkata kata dalam hati..

Sesungguhnya Tuhan memakbulkan permintaanku
Sesungguhnya Tuhan memberikan hidayahnya
Sesungguhnya Tuhan menunjukkan aku kebenarannya
Sesungguhnya jua ia mencelikkan mataku yang selama ini buta..

Namun aku tetap bersyukur kepadaNya
kerana memberikan aku kekuatan
kerana memberikan aku ketenangan untuk menghadapimu
kerana memberikan aku kenyakinan untuk berbicara denganmu
kerana memberikan aku kekuatan untuk mengetahui sebuah kebenaran..


 

Monday, May 17, 2010

UNTUK APA DAN KENAPA..

Sesungguhnya aku tak tahu
untuk apa dan kenapa..
Sesungguhnya jua aku tak tahu
kenapa dan mengapa
persimpangan delima ini aku pilih
untuk apa dan kenapa jua
aku sukar memilih

kenapa dan mengapa
ianya terjadi lagi dalam hidupku

kenapa dan mengapa jua
ianya tak dapat aku kikis
ianya tak dapat aku hakis
kenapa dan mengapa 
aku harus mengemis..

kenapa dan mengapa
aku tak dapat be3akan
antara kebencian dan kerinduan
antara kelukaan dan kesengsaraan
antara kepalsuan dan kebahagiaan

Semua ini kenapa, mengapa dan untuk apa


Tuesday, May 11, 2010

KEMBALI MERINDUI MU........ MhR...

Kau ragut ketenangan jiwaku
Kau kalungkan bara kerinduan
Kau ragut syahdu malamku
Kau hadiahkan sejuta keresahan..
Kembali aku dihimpit keresahan
yang selama ini telah berjaya aku lupakan
kembali wajahmu di kotak ingatan
setelah lama ku langsiri pandangan

Kini malam yang berlabuh kurasakan panjang
tak bisa ku hindari imbasan bayangan
sebuah wajah yang menjadi kesayangan

Badai kerinduan ini semakin hebat
tak terperi peritnya disengat

Terlalu ingin ku hubungimu
terlalu ingin berbicara denganmu seperti dulu
gusar dan tekad bercampur baur
mencengkam keinginan meredakan kerinduan

apakah panggilan ku nanti disambut mesra
dengan suara penuh ceria
atau hanya mengundang celaka...

 

Saturday, May 8, 2010

REALITIKAH INI... ATAU HANYA AKU YANG BERMIMPI...

Hingga kesaat ini mindaku berlegar
memikirkan apakah peristiwa semalam semuanya benar..
mengingati kembali..mengigaukannya lagi..

Kesempatan yang terhad ku isikannya padat
ku aturkan bicara agar semuanya sempurna
agar tiada cacat dan cela
 membuatkan diri menjadi murka
ku tuturkan dan kuluahkan semuanya satu persatu
meluahkan segala apa yang terbuku
perasaan rinduku, kecewaku dan jua hampaku..

Terkedu aku dengan perlakuan mesramu
Terkeliru aku pada tuturbicara manjamu
meluahkan betapa merindui aku..
menyatakan keluh kesah dirimu
ke atas apa yang berlaku pada kariermu..

Sinar pandangan bebola matamu
Keriangan mempamerkan padaku mobil barumu
yang diperolehi dari hasil titik peluhmu
Ternyata aku merasa bersyukur
perubahan kemajuan karier hidupmu
 kata kata perangsang dan juga semangat
ku iringi dengan sekalung doa
agar kau terlindung dan terpelihara
agar kau tak lupa dirimu siapa


Sejenak aku menjadi alpa
Sejenak aku menjadi lupa
pada perlakuan mu yang pernah membawa sengsara
Sekental mana jiwa dan semangatku
namun aku hanyalah seorang perempuan
yang tetap halus hati dan perasaan


Kini aku di persimpangan dilema
menerimamu kembali seperti biasa
melupakan semua segala sengsara dan luka
atau membiarkanmu begitu sahaja

AKHIRNYA DIPERTEMUKAN JUA........

7hb Mei 2010 jam 12.30pg...
akhirnya tuhan mempertemukan kita jua
betapa gembiranya aku..betapa resahnya aku
betapa gundahnya aku..
Jauh di benak fikiran
tertanya aku bagaimana reaksimu..
bagaimana penerimaanmu..
apakah aku akan disambut mesra
atau hanya sapaan biasa..

Namun syukur ku panjatkan padaMu tuhan
doaku selama ini telah Kau sempurnakan
hanya Kau yang tahu segala isi hatiku
betapa kegersangan sebuah kerinduan
basah dalam sekelip pandangan...
Ku cuba untuk berlagak pintar
menipu diri untuk menghindar
mengingati kembali peristiwa hambar

Ternyata..bersamamu aku ceria
bersamamu aku bermakna
pertanyaan di mindaku bertimpa timpa
kenapa kau berubah sebegini rupa
perubahan yang drastik membuat hati terus terdetik
Seolah olah bagimu tiada apa yang berlaku
bagimu semuanya tak pernah di situ
ku turuti tiap jejak langkahmu
cuba menari rentak tarimu
namun ternyata aku takbisa menipu..

Bukan kerana kecewa pernah dipinggirkan
cuma kecewa tiada kejujuran
Bukan ku menangis kerana kau sakiti
aku menangis kerana diriku kau khianati
aku merintih kerana kau mungkiri janji
untuk tidak menyentuh AIR itu lagi..